Muka Hadapan
Tentang Kami
Blog
 
Baju Renang Muslimah:
Baju Renang Muslimah Ayu
(Slim Fit)
Baju Renang Muslimah Santun
(Modest Fit)
Baju Renang Muslimah Ekonomi
(Modest Fit)

Baju Renang Muslim:
Baju Renang Muslim

Baju Renang Kanak-Kanak:
Baju Renang Muslim Kids
Baju Renang Muslimah Kids
 

Produk Lain:
T-Shirt Muslimah
 
Proses Belian:
Pesanan
Bayaran
Penghantaran
 
Khidmat Pelanggan:
Polisi Penukaran
Soalan Lazim
Penjagaan Baju Renang
Lihat Testimoni
Hubungi Kami
 

BajuRenang.com Di Majalah & Akhbar:




 

Bayaran & Penghantaran:




 

Bookmark & Share:

Share |


Rakan Web:

AnaMuslimah.com



rumah anak yatim


 


 
 


BajuRenang.Com

 

BajuRenang.Com berbesar hati membantu anda mendapatkan baju renang muslimah dan baju renang kanak-kanak secara online. Kami berusaha memberikan anda pengalaman manis membeli-belah secara online dengan menawarkan pilihan rekaan yang cantik hanya dari kualiti terbaik di pasaran. Lebih dari itu, kami memudahkan tugas anda dengan mengepos pesanan anda terus ke kediaman atau tempat kerja anda dengan hanya empat langkah mudah:

  1. Anda menghantar pesanan.
  2. Kami memeriksa stok dan menghantar invois. 
  3. Anda membuat bayaran (kaunter/deposit/pemindahan online).
  4. Kami mengepos pesanan anda terus ke kediaman atau tempat kerja anda.

Kami gembira jika dapat berurusan dengan anda kerana kami amat berharap setiap muslimah, dewasa dan kanak-kanak boleh memiliki baju renang muslimah sendiri supaya mereka juga boleh berenang atau sekadar berseronok di air dalam keselesaan pakaian renang yang sopan.


Bagaimana BajuRenang.com bermula?

Pada tahun 2007, saya telah dihadiahkan sepasang baju renang muslimah sempena ulangtahun kelahiran. Saya sangat gembira dan mengagumi rekabentuknya.

Sebelum itu tak pernah terfikir akan menyarung baju mandi kerana rekaan baju mandi konvensional yang mendedah sebahagian besar tubuh. Kalau mendapatkan yang berseluar panjang dan berlengan panjang pun, masih menunjukkan susuk tubuh di bahagian pinggul, kena pula ditambah skirt. Skirt konvensional pula pendek, sukar mencari yang sampai ke lutut. Lagipun, tokok tambah semua tu, harganya sangat mahal buat saya. Akhirnya saya mandi laut dan pergi ke taman tema air cuma menyarung track bottom dan t-shirt sahaja. T-shirt pula sering terselak, sungguh tak selesa!

Bila saya bertemu rekaan baju renang muslimah, saya berasa gembira sekali. Saya berasa bangga kerana kepentingan muslimah telah diambil kira. Tiada lagi diskriminasi seperti muslimah tak boleh berenang kerana faktor pakaian. Baju renang muslimah menggunakan material fabrik yang sama dengan baju renang konvensional, tetapi perbezaannya besar sekali. Baju renang muslimah melindungi maruah seorang muslimah dalam mempertahankan kesopanan yang telah diwarisi sejak kecil.

Saya berasa bangga kerana saudara muslim saya telah menjadi lebih inovatif dalam memenuhi keperluan ummah. Hati saya terpanggil untuk turut sama menyertai perjuangan mereka. Saya ingin berkongsi penyelesaian masalah melalui keunikan rekaan baju renang muslimah ini dengan seramai mungkin muslimah, saudara-saudara saya yang bernaung di bawah kepercayaan tauhid yang sama. Semoga niat saya untuk membantu melalui perniagaan online ini boleh menjadi ibadah untuk diri saya dan membawa keriangan pada diri muslimah yang lain...insya Allah.

Terima kasih atas sokongan anda.

 

Salam hormat,




BajuRenang.com ~ Swim with Modesty!

P/S: Sila hubungi kami jika perlu sebarang bantuan memilih saiz.
Kami sentiasa gembira membantu anda, insya Allah. :)

 

We've just created a page on Facebook.
Join us there to get latest updates on stock arrival and discounts. See you there. :-)